[Ura-Ura] : HUAWEI Mate 30 Pro Bakal Dibina Dengan Kamera Segi Empat Tepat, Bukan Bulat?

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai tersebar imej memaparkan lapisan kaca yang mendedahkan binaan panel belakang HUAWEI Mate 30 Pro – berbentuk bulat. Perkara ini benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Imej Terdahulu

[BACA : Panel Belakang HUAWEI Mate 30 Pro Tertiris – Rekaan Kamera Utama Berbentuk Bulat? ]

Pun begitu, muncul satu lagi imej bocor turut didakwa menunjukkan binaan panel belakang HUAWEI Mate 30 Pro. Tiada sebarang rekaan bulat, sebaliknya imej terbaru menunjukkan ia menyertakan potongan segi empat tepat – terletak pada bahagian tengah.

Memetik imej bocor, potongan tersebut kelihatan lebih tinggi berbanding HUAWEI Mate 20 Pro – ramai mula berspekulasi ia mungkin didatangkan dengan sokongan empat atau lima kamera utama bersama ketersediaan LED Flash.

Imej Terbaru

Di samping itu, maklumat tertiris memetik sumber mengatakan bahawa HUAWEI dijangka mengekalkan binaan cahaya struktur 3D  untuk model kali ini (binaan ini mula diperkenal pada HUAWEI Mate 20 Pro).

Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi ‘rumors’ dan masih belum ada sebarang pengesahan rasmi mengenai model ini. Nampaknya kejutan HUAWEI kali ini penuh misteri dan teka teki! Jadi, sama-sama kita tunggu!

[SUMBER

You might also like