HUAWEI Watch GT Elegant & Watch GT Active Rasmi – Tawaran Harga Bermula RM799

Seiring dengan pelancaran siri HUAWEI P30 sebentar tadi, selain MateBook 13 diperkenalkan dalam majlis perasmian jam tangan pintar HUAWEI Watch GT Elegant dan Watch GT Active turut rasmi di pasaran tempatan.

Sebagai model peningkatan bagi Watch GT, HUAWEI Watch GT Elegant hadir dengan rekaan yang lebih sesuai kepada golongan wanita. Skrin AMOLED 1.2 inci dipadankan dengan tali jam 42mm, di samping mempunyai jangka hayat bateri sehingga seminggu dengan sekali cas, rintangan air 5ATM, sokongan pengimbas nadi optikal, barometer, girometer dan accelerometer, serta Bluetooth 4.2.

Manakala HUAWEI Watch GT Active dilengkapi skrin AMOLED 1.39 inci bersama tali 46mm, sokongan lain termasuk jangka hayat bateri sehingga 14 hari, Bluetooth 4.2, rintangan air 5ATM, pengimbas nadi optikal, barometer, girometer dan accelerometer.

Harga jualan bagi Watch GT Active adalah RM899 dan boleh dibeli mulai 6 April, manakala Watch GT Elegant ditawarkan pada harga RM799 dengan ketersediaan mulai 4 Mei 2019.

 

You might also like