Siri HUAWEI P30 Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM2,699, Ketersediaan Pada 6 April

HUAWEI hari ini secara rasminya melancarkan telefon terbaru mereka iaitu siri HUAWEI P30 untuk pasaran tempatan. Siri HUAWEI P30 merupakan waris baru di bawah siri P yang dilihat menerima penambahbaikan dan hasil pemerhatian kami, kedua-dua model tersebut hadir dengan takuk kecil dan lengkap dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin.

 

HUAWEP P30 PRO

HUAWEI P30 Pro terbina dengan skrin bersaiz 6.47 inci bersama paparan Drewdrop dengan resolusi 2340 x 1080 piksel. Kuasa dalaman P30 Pro dijana oleh cip pemproses Kirin 980 berkelajuan Octa-core 2.6GHz bersama gandingan memori sebesar 8GB RAM dan pilihan storan 256GB dan 512GB.

Melengkapinya, bateri berkapasiti berkapasiti 4,200 mAh (melalui USB-C) yang menyokong HUAWEI Super Charge 2.0 di bawah output 40W. P30 Pro turut hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar 15W dan fungsi pengecasan “Reverse Wireless Charging”.

Segi penggambaran, P30 Pro hadir dengan teknologi tri-kamera bersama sensor 40MP (Wide Angle) + 20MP (Ultra Wide Angle) + 8MP (Telephoto) + lensa TOF. Kamera P30 Pro juga mempunyai sokongan 5X zoom optikal, 10x zoom hibrid dan 50x zoom, sementara kamera swafoto beresolusi 32MP dengan aperture f/2.0.

P30 Pro juga menyertakan sejumlah ciri menarik untuk rakaman videografi iaitu Dual-View Video mode, di mana ciri ini membolehkan pengguna merakam video secara serentak dengan kanta super sudut lebar dan lensa telephoto.

 

HUAWEP P30

HUAWEI P30 pula hadir dengan skrin bersaiz 6.1 inci dan juga menyokong paparan Dewdrop dengan resolusi 2340 x 1080 piksel. Enjin dalaman menggunakan cip Kirin 980 bersama memori 8GB RAM + 128GB ROM.

Bateri didatangkan adalah sebesar 3,650mAh bersama pengecasan pantas HUAWEI Super Charge (USB-C). P30 tidak hadir dengan pengecasan tanpa wayar, namun pengguna boleh menikmati keistimewaan itu melalui sarung pelindung khusus.

Untuk kamera, P30 menampilkan kombinasi tiga kamera utama iaitu 40MP (Wide angle) + 16MP (Ultra wide-angle) + 8MP (Telefoto). Untuk kamera swafoto, P30 tetap sama seperti P30 Pro iaitu 32MP dengan aperture f/2.0.

Bagi yang berminat, kedua-dua model ini tersedia dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Breathing Crystal, Black dan Aurora. Siri HUAWEI P30 ditawarkan pada harga berikut:

  • HUAWEI P30 – RM2,699
  • HUAWEI P30 Pro (8GB + 256GB) – RM3,799
  • HUAWEI P30 Pro (8GB + 512GB) – RM4,399

Setiap pembelian siri P30 layak untuk menikmati jaminan sehingga 18 bulan, dan pra-tempahan kini telah dibuka. Bagi yang berminat untuk mencuba sendiri, boleh juga melawat ke HUAWEI Experience Stores, pengedar sah dan telco tempatan.

Lebih menarik, pembeli juga berpeluang menerima HUAWEI Backup (6000 unit disediakan) yang bernilai RM599 seunit. Sekiranya terlepas peluang, jangan risau kerana setiap pembelian P30 pro juga akan hadir bersama HUAWEI Snorkeling case bernilai RM428, manakala pelanggan yang membeli P30 akan menerima sarung pelindung pengecasan tanpa wayar bernilai RM268.

 

 

You might also like