
[Tertiris] Panel Skrin vivo X30 Seakan iPhone X Tetapi Dengan ‘Rongak’ Kecil
Ramai yang sudah mengenali iPhone X dengan rupanya yang sangat futuristik. Rekaan moden yang menggunakan skrin penuh di depan telah menarik minat ramai pengguna di seluruh dunia. Walaupun Apple bukan yang terawal menghasilkan peranti sebegini, kini vivo pula dilihat cuba tampilkan panel depan seakan iPhone X untuk peranti vivo X30 akan datang.

Berdasarkan gambar yang tertiris, panel tersebut hadir dengan ‘rongak’ yang kecil jika dibandingkan dengan ‘rongak’ yang ada pada iPhone X. Tidak pasti sama ada sensor yang terhad ini menyokong pengecaman wajah atau tidak. Kemungkinan ia akan menyokong pengimbas cap jari pada skrin seperti yang telah diperkenalkan pada vivo X20 Plus UD minggu lepas.
Selain daripada ‘rongak’ yang kecil, panel skrin ini juga dipadankan dengan bingkai nipis di bahagian sisi sementara terdapat ruang dagu di bahagian bawah. Menurut sumber panel depan ini tidak akan hadir pada vivo X30 sebaliknya akan digunakan pada versi X30 Plus.

