
Chromebook Kini Lebih Menyeronokkan
Google telah mengumumkan bahawa aplikasi Android boleh dimuat turun dan digunakan pada Chromebook yang menggunakan sistem operasi berasaskan pelayar Google Chrome. Sistem operasi dari Google itu kini merupakan yang kedua terbesar di Amerika Syarikat selepas Mac OS X. Sistem operasi yang mudah digunakan itu menjadi pilihan utama golongan pelajar kerana ianya sangat ekonomi dan efektif dalam melakukan tugasan.
Namun tidak semua Chromebook bakal menerima kemas kini penggunaan aplikasi Android dari Play Store. Hanya model terbaru dan sesetengah model lama sahaja boleh menggunakan aplikasi Android.
Menurut Google langkah ini diambil bagi memastikan Chromebook tidak menghadapi isu ketika digunakan, oleh itu Google telah menyenaraikan model Chromebook yang terlibat dalam penambah baikan ini.
Untuk senarai penuh layari Chromebook