Sony Malaysia Umumkan Barisan Aksesori Dari Audio ‘EKSTRA BASS’

Caption Sony Malaysia hari ini telah mengumumkan barisan aksesori yang terdiri daripada wayarles speaker, earphones dan headphones bertempat di ruang legar Mid Valley Megamall. Pameran yang telah berlangsung bermula 9 Ogos 2016 akan tamat pada 14 Ogos 2016 ini.

Sony GTK-XB7Sony telah melancarkan sebuah wayarles speaker terbaru yang diberi nama Sony GTK-XB7. Selain mampu menghasilkan kualiti audio yang pastinya sukar digugat dengan adanya dua woofers berukuran 16cm, wayarles speaker ini turut boleh dioperasi dengan hanya sentuhan NFC mahupun Buletooth. Lebih istimewa, peranti ini boleh disambungkan dengan speaker wayarles lain sebanyak 6 hingga 8 buah dalam satu-satu masa. Ditawarkan pada harga RM1,199, ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Hitam, Merah dan juga Biru.

Sony h.ear go
Sony h.ear go
Sony SRS-XB2
Sony SRS-XB2

Selain model tersebut, terdapat juga tiga model speaker yang telah diperkenalkan sebelum ini, antaranya Sony SRS-XB2 (RM 339) dan SRS-XB3 (RM 499) serta Sony h.ear go (RM 799). Kesemua produk yang ditawarkan pada pameran ini mampu menghasilkan kualiti audio terbaik dengan adanya fungsi EKSTRA BASS.

Sony MDR-100ABN
Sony MDR-100ABN
Sony MDR-XB50AP
Sony MDR-XB50AP
Sony MDRXB650BT
Sony MDRXB650BT

Bukan itu sahaja, Sony juga tidak ketinggalan menawarkan earphone dan headphones yang terdiri daripada model Sony MDR-100ABN (RM 1,299) , Sony MDR-XB450AP (RM 211) serta Sony MDR-XB650BT (RM 549), manakala untuk earphone pula adalah Sony MDR-XB50AP  (RM 179). Kesemua produk yang dipamerkan di ruangan legar Mid Valley akan mendapat potongan harga sebanyak 15% sehingga 20%.

Melalui Store Sony telah membuka pra-tempahan untuk PlayStation VR dan PlayStation VR dengan kamera bermula hari ini sehingga 13 Oktober 2016. Harga yang ditawarkan untuk produk ini adalah RM 1,849 untuk PlayStation VR, manakala untuk PlayStation VR dengan kamera pula adalah RM 2,029.

 

You might also like