
OPPO Malaysia dengan rasminya melancarkan OPPO F1s di pasaran Malaysia dengan harga RM 1,198. Seiring dengan pelancaran tersebut, OPPO juga telah membuka tempahan OPPO F1s dengan menampilkan 20 selebriti terkenal tanah air untuk sama-sama mengedar tempahan pengguna.
Di antara artis yang terlibat pastinya empat orang pakar selfie OPPO F1s sendiri iaitu Nora Danish, Ayda Jebat, JC Chee dan MinChen serta diiringi oleh Zizan Razak, Fatiya Latiff, Janna Nick, Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Saharul Ridzuan, Elfira Loy, Zara Zya, Alvin Chong, Danny Koo, Fuying & Sam, Henley, Cathryn Lee, Yumi Wong, Joyce Chu dan akhir sekali Soo Wincci.
20 orang selebriti ini akan menjayakan kempen tempahan OPPO F1s dengan menghantar sendiri OPPO F1s kepada pengguna bersama-sama kayu selfie yang diberikan secara percuma.
Untuk tempahan anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut :
- Pilih selebriti yang ingin anda temui
![Langkah 1]()
- Pilih warna kegemaran dan buat bayaran pendahuluan
![Langkah 2]()
- Kongsi promosi dan menangi hadiah percuma
![Langkah 3]()
- Nantikan sama ada anda terpilih untuk bertemu selebriti pilihan
![Langkah 4]()
OPPO F1s boleh ditempah bermula 10 Ogos 2016 sehingga 19 Ogos 2016 di laman web OPPO Malaysia.






