- Iklan -

Vivo V11 Dilengkapi “Halo FullView Display” Bersama Dua Warna Eksklusif

Sebagaimana yang dikongsi sebelum ini, Vivo dikatakan akan melancarkan model terbarunya pada 13 September ini dengan penawaran Vivo V11.

Walaupun V11 masih belum dilancarkan secara rasmi kepada umum, namun berdasarkan maklumat yang diterima peranti ini akan datang rekaan takuk kecil semirip titisan air yang dikenali sebagai “Halo FullView Display”.

Ia akan meningkatkan peratusan skrin kepada permukaan hadapan ke 91.27%. Dari segi spesifikasi pula, peranti pintar ini dilengkapi bersama skrin 6.41″ SAMOLED dengan resolusi FHD+ yang turut memiliki sokongan sensor cap jari.

Selain itu, peranti ini juga akan hadir dengan dua pilihan warna yang berbeza iaitu Starry Night dan Nebula. Edisi Starry Night diinspirasi daripada tema ruangan angkasa lepas. Edisi ini menyaksikan gabungan warna biru dan hitam. Manakala, edisi Nebula pula hadir dengan gabungan warna biru dan ungu.

Baca juga:

Okay, sama-sama kita nantikan 13 september ini untuk melihat sendiri penawaran penuh V11 termasuk harga jualanya di pasaran tempatan!

You might also like