[Tertiris] Skor Ujian Benchmark vivo V11 Kelihatan Menarik

Tidak lama lagi pihak vivo akan melancarkan peranti baharu mereka iaitu vivo V11 dan V11i ke pasaran Malaysia pada 13 September ini, dan sesi pra-tempahan juga telah dibuka mulai hari ini, berminat boleh klik pautan di SINI.

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, V11 selain hadir dengan paparan skrin yang dikenali sebagai “Halo FullView Display”, ia juga merupakan sebuah peranti yang dioperasikan di bawah cip pemproses Snapdragon 660 AIE bagi V11, manakala V11i dilengkapi dengan Mediatek Helio P60.

Terkini, ujian benchmark peranti baharu ini tertiris menunjukkan skor ujian Antutu mencapai 128539, manakala skor multi core pula mencapai 40210. Dengan keputusan ini, jelas memperlihatkan V11 berada di tangga selesa di kalangan peranti pertengahan di pasaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

You might also like