Fungsi Geosticker Di Instagram

Instagram semakin lama semakin mirip kepada aplikasi Snapchat. Selepas memperkenalkan fungsi Stories baru-baru ini, Instagram mengumumkan pula mereka telah pun melancarkan Geosticker untuk digunakan bersama Stories anda.

Geosticker merupakan grafik pelekat istimewa berdasarkan lokasi yang boleh digunakan bersama Stories yang anda kongsi di platform Instagram. Namun buat masa kini, Geosticker Instagram hanya ditawarkan bagi bandar Jakarta dan New York sahaja. Jadi jika anda berkunjung ke salah satu bandar tersebut, silalah cuba ya Geosticker tersebut.

You might also like