Perkhidmatan iTunes Bakal Ditamatkan?!

iTunes yang telah lama digunakan oleh semua pengguna Apple dan juga merupakan salah satu aplikasi yang sangat penting dalam peranti Apple, namun kini dikhabarkan Apple bakal menamatkan perkhidmatan ini pada acara WWDC Apple 2019.

Hari ini Facebook dan Instagram iTunes jelas nampak tiada sebarang post dalam laman sosial rasmi mereka, dan menurut Bloomberg News, Apple akan melancarkan 3 aplikasi baharu dalam menguruskan muzik, TV dan aplikasi Podcast.

Adakah penghentian perkhidmatan ini akan membawa suatu penggantian yang lebih mesra dan berguna kepada produk Apple, kita nantikan kemas kini dari Apple dalam acara tahunan ini ya.

[ SUMBER ]

 

You might also like