
Xiaomi Redmi Note 5 baru sahaja dibawa memasuki ke pasaran Malaysia dan bermula hari ini pra-tempahan telah dibuka di laman beli-belah atas talian, Lazada. Harga yang ditawarkan pula ialah RM799 untuk varian asas 3GB+32GB, sementara varian dengan memori 4GB+64GB dijual pada harga RM999.
Sesi pengenalan pada kali ini Xiaomi menfokuskan pada kebolehan kamera utama, selain perkakasan dalaman menggunakan cip pemproses pertengahan tercanggih iaitu Qualcomm Snapdragon 636. Peranti ini juga merupakan yang pertama di dunia menggunakan cip sedemikian menjadikan Xiaomi Redmi Note 5 antara telefon yang mendahului dalam kelasnya.
Bagaimanapun, aspek fizikal tidak boleh diketepikan jadi telefon ini dibina dengan kemas agar pengguna berasa lebih selesa dalam masa sama ia juga tampak premium.
Skrin 5.99” FHD+ (2160 x 1080 piksel) turut menggunakan paparan nisbah 18:9. Bahagian atas dimuatkan dengan sensor kamera, notifikasi, dan jarak dekat.
Tubuh badan logam yang didatangkan dengan pilihan warna Biru muda tidak mudah memerangkap cap jari selain terdapat cop logo jenama.
Butang laras suara dan butang kunci/ON diposisikan di sebelah sisi kanan peranti. Kedudukan butang juga mudah untuk dicapai.
Peranti ini menyediakan slot yang dipanggil 3-pilih-2 hibrid. Ia membolehkan satu kad Nano SIM + Nano SIM/microSD dimasukkan dalam satu-satu masa.
Bahagian atas terdapat lubang mikrofon dan fungsi IR Blaster yang boleh digunakan untuk mengawal peralatan elektronik.
Sebelah bawah pula terdapat speaker, bicu microUSB, mikrofon, dan bicu 3.5mm audio.
Ini merupakan bahagian yang menjadi imej tumpu iaitu modul kamera direka secara menegak. Sensor yang digunakan pula lebih besar berbanding Samsung Galaxy S9 dan Apple iPhone X.
Apa yang menarik perhatian ialah harga yang ditawarkan. Tiada yang mampu menyaingi Xiaomi Redmi Note 5, jika ada pula harga mencecah ribuan Ringgit.