
Xiaomi Malaysia hari ini melancarkan sebuah peranti yang ditunggu-tunggu para peminat iaitu Xiaomi Redmi Note 5. Sebuah peranti yang mensasarkan pengguna millenial yang gemarkan fotografi dalam masa sama inginkan telefon pintar berprestasi.

Redmi Note 5 hadir dengan skrin luas hampir tiada bingkai di depan serta konfigurasi dwi-kamera menegak di bahagian belakang. Ia dilengkapi skrin 5.99” FHD+ IPS LCD 18:9 dengan resolusi 2160 x 1080p yang dipadankan bersama kerangka badan logam.

Dikuasakan dengan cip pemproses pertengahan siri-600, Snapdragon 636 digunakan untuk menjana sistem Android 8.0 Oreo serta antaramuka MIUI 9.0.

Dariapda segi aspek penggambaran, peranti ini menyediakan gabungan kamera 12MP + 5MP di bahagian belakang, malah pihak Xiaomi mengatakan konfigurasi kamera ini setara dengan kamera yang digunakan pada peranti induk di pasaran.
Kamera depan pula, ia menyediakan sensor 13 Megapiksel f/2.0 aperture dengan ciri pengecaman wajah.
Bagi memberikan pengalaman sosial yang lebih baik kepada pengguna, peranti ini dibekalkan bateri berkapasiti 4,000mAh di mana ia menawarkan masa menunggu selama 2 hari. Sokongan pengecasan pantas turut dibantu menerusi teknologi Quick Charge 2.0 serta pengalaman audio melalui bicu audio 3.5mm.
Xiaomi Redmi Note 5 didatangkan dengan pilihan warna Hitam, Emas dan Biru muda dengan harga runcit RM799 untuk varian 3GB + 32GB dan RM999 untuk varian 4GB + 64GB. Ia boleh dibeli mulai 5 Mei 2018 nanti. Pra-tempahan bagi Redmi Note 5 sudah bermula
hari ini (25 April) di Lazada.