
Pada minggu yang lalu, vivo telah mengeluarkan imej acah di Facebook mereka yang menunjukkan peranti baru dengan nama “X Series”. Hari ini kami mendapat kepastian dari vivo, tetamu misteri ini adalah vivo X21 yang sebelum ini telah dilancarkan pada bulan Mac bertempat di China.
Setelah lama tidak membawa masuk siri X, kini vivo Malaysia akan melancarkan semula pada bulan Mei 2018 yang akan datang. Menurut vivo, peranti terbaru ini akan membawakan teknologi biometrik baru dan futuristik, di samping teknologi AI yang telah dipertingkatkan prestasinya akan turut serta pada X21.
Spesifikasi yang ada pada vivo X21 termasuk pengimbas cap jari pada skrin sentuh, paparan FullView pada skrin “rongak” bersaiz 6.28 inci, 6GB RAM dan 128GB ROM, bateri berkapasiti 3900mAh, serta pemproses Snapdragon 660 AI, semua ini akan menjadi taruhan semasa pelancarannya di pasaran tempatan.

Setakat spesifikasi ringkas ini sudah menarik perhatian anda bukan?! Adakah benar kita nantikan sahaja berita selanjutnya dari vivo.