
Hari ini melalui laman Facebook vivo Malaysia mendapati satu imej acah telah dimuat naik. Imej acah tersebut memperlihatkan vivo akan memperkenalkan satu lagi produk baharu yang dijenamakan sebagai ‘X Series’.
Disebalik huruf X tersebut, kita boleh melihat susuk tubuh sebuah telefon pintar. Menggunakan nama siri X, ia berkemungkinan besar sebuah telefon pintar model baharu. Buat masa sekarang, tiada info lanjut yang dikongsi bersama. Bagaimanapun, kita tunggu sahaja sehingga pengumuman rasmi dilakukan kelak.
Untuk pengetahuan anda, peranti vivo di bawah siri X kali terakhir diperkenalkan di Malaysia adalah pada tiga tahun yang lalu.