ROG Strix Scar 17 Turut Diperkenal – Tampil Dengan Pemproses Intel Core i9 Buat Korang Tak Senang Duduk!!!

ASUS turut memperkenalkan satu lagi produk baharu yang sangat menakjubkan bagi kaki game yang dikenali sebagai Strix SCAR 17 Gaming Laptop.

Peranti ini tampil dengan skrin yang sangat baik iaitu 17.3” FHD (1920 x 1080), IPS FHD 300Hz (3ms) yang memberikan kepuasan tontonan kepada anda.

Tampil dengan pemproses yang sangat hebat iaitu Intel  Core i9-10980HK pastinya memberikan kepada anda prestasi yang terbaik tanpa sebarang lag.

Ia turut dipadankan dengan kad grafik yangsangat berkuasa NVIDIA GeForce RTX  2080 SUPER yang pastinya memberikan kesan grafik yang terbaik khsusnya bagi ketika bermain game yang pasti membuatkan anda khusyuk ketika bermain.

Jika dilihat dari aspek memori pula, peranti ini tampil dengan memori sehingga 32 GB DDR4 3200 MHz SDRAM dan storan 2 x M.2 NVMe® PCIe®3.0 x4 sehingga 1 TB SSD dengan RAID 0 menyokong sehingga 3 SSDs.

Menariknya juga, ia turut dihadirkan dengan sambungan 2×2 Intel WiFi 6 (Gig+) (802.11ax),  menyokong RangeBoost dan Bluetooth 5.1.

Antara aplikasi khas yang terdapat pada peranti ini adalah Armoury Crate, GameFirst V, Sonic Studio, GameVisual dan Aura Creator.

Dalam pada itu, ASUS turut mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan liquid Metal bagi keseluruhan barisan komputer riba Intel pada tahun 2020. Ia sekaligus Sistem penyejukkan di tahap maksimum.

You might also like