
ASUS Perkenal Zephyrus Duo 15 Dengan 2 Skrin Yang Memang Power!
Hari ini ASUS telah memperkenalkan produk terbaharunya yang dikenal sebagai ASUS Zephyrus Duo 15 yang sangat menarik apabila ia tampil dengan 2 skrin yang sangat hebat!
Peranti ini dihadirkan dengan skrin utama 15.6” PANTONE Validated yang mana ia tampil dengan dua varian iaitu 4K UHD IPS 60 Hz Adobe 100%, non-touchscreen dan FHD IPS 300 Hz sRGB 100% 3 ms, non-touchscreen. Tontonan anda kini lebih mengasyikkan.
Bagi skrin kedua pula yang dikenali sebagai ScreePad Plus ia tampil dengan UHD IPS 60 Hz NTSC 72%, touchscreen.
Peranti ini dihadirkan dengan 2 pilihan pemproses iaitu Intel 10th Gen Comet Lake i9-10980HK dan Intel 10th Gen Comet Lake i7-10875H yang pastinya memberikan prestasi yang menakjubkan.
Dari aspek grafik pula ia tidak mengecewakan apabila di hadirkan dengan 2 varian iaitu NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER , 8 GB GDDR6 VRAM dan NVIDIA GeForce RTX 2070 SUPER , 8 GB GDDR6 VRAM yang memberikan kesan grafik yang sangat menakjubkan khususnya ketika bermain game.
Jika dilhat dari aspek memori, ia hadir dengan 16 GB DDR4 3200 MHz onboard, plus 1 x SODIMM slot sehingga 32 GB (menyokong sehingga 48 GB) manakala storan pula adalah 2 x M.2 SSD slot (NVMe PCIe), PCIe 3.0 x4 512 GB / 1 TB.