
CyanogenMod 14.1 Berasaskan Android Nougat 7.1 Semakin Hampir
Salah satu kelebihan sistem operasi Android adalah ekosistemnya yang membenarkan pengguna melakukan modifikasi ke atas sistem operasi mereka. Ini dapat dicapai dengan memasang custom ROM dan nama CyanogenMod adalah pilihan majoriti pengguna yang gemar memodifikasi sistem smartphone mereka.
Hari ini ada berita baik dari Cyanogen Inc, dalam masa kurang dari 24 jam mereka akan melancarkan CyanogenMod 14.1 yang dibina berasaskan Android Nougat 7.1. Bagi fasa pertama, custom ROM ini hanya menyokong 9 model smartphone sahaja, iaitu :-
• Nexus 6P
• Nexus 5X
• Xiaomi Mi3/Mi4
• LG G3
• Moto G variants
• LG G4
• Samsung Galaxy S5
• OnePlus 3
• ASUS ZenFone
Cyanogen Inc berkata custom ROM ini masih tidak lengkap sepenuhnya, dengan beberapa fumgsi masih dibangunkan dan akan dilepaskan secara berkala, bagi pemilik peranti dari model yang tidak tersenarai pula, anda perlu menunggu sedikit masa lagi bagi mendapatkan custom ROM terbaru ini.
https://www.youtube.com/watch?v=L0_BM0VPbhQ