
Pemilik LG G5 di Malaysia sudah boleh mula rajin menjenguk menu kemas kini smartphone mereka. LG telah pun melancarkan kemas kini Android Nougat untuk peranti LG G5 bagi pengguna di Korea Selatan.
Menurut LG, pengguna di negara Asia lain dan Amerika perlu menunggu sedikit masa lagi bagi mendapatkan kemas kini. Buat masa kini hanya model LG V20 sahaja yang secara global dilengkapi dengan Android Nougat.
Tak perlulah anda selalu check menu kemas kini, check sahaja website eRing, atau lebih baik follow kami di Facebook untuk mendapatkan informasi terkini berkenaan kemas kini tersebut dan juga berita-berita teknologi semasa.