Menjelajah Ibu Pejabat Vivo Baharu!!! Serius Menakjubkan…

1106
- Iklan -

Ibu pejabat Vivo yang baharu nyata memperlihatkan keunikan, kesegaran, keselesaan dan keseronokkan yang dapat dilihat dari aspek rekaannya. Jom kita lihat keindahan rekaan ibu pejabat baharu Vivo ini!!!

Ketika anda melangkah masuk di pintu masuk ibu pejabat ini, anda akan tergamam dengan keindahan bangunan dan perkataan Vivo yang tersergam indah di tengah antara bangunan utama oral dan bangunan comprehensive.

Jika anda lihat koridor yang menyambungkan antara bangunan ini dilengkapi dengan bentuk V dikhabarkan mampu mengelakkan kesan dari serangan taufan. Koridor ini dibina sepenuhnya di keseluruhan ibu pejabat.

Vivo Park di bina berdekatan taman dan halaman senaman. Suasana yang sangat tenang dan damai.

Pekerja Vivo boleh melaksanakan perlawanan bola sepak selepas waktu bekerja dan menikmati keseimbangan antara kerja dan gaya hidup.Selain daripada itu, pejabat ini juga dilengkapi dengan persekitaran yang luas yang mana cahaya mentari memancar sinar ke dalam kawasan pejabat ini.

Bilik kuliah juga membuatkan anda mengimbau kembali dengan zaman kehidupan universiti dahulu.Di rooftop juga sangat selesa yang mana ia sangat sesuai untuk menjalankan mesyuarat mingguan.Sementara itu, ibu pejabat baharu Vivo ini turut menyediakan gim yang membenarkan pekerja melakukan rutin senaman bagi mempertingkatkan stamina dan menjaga bentuk badan. Bukan itu sahaja, terdapat juga Bilik Ping Pong, Snooker, studio tarian, bilik yoga, bilik membaca dan banyak lagi.Dalam pada itu, rekaan bilik dan ruang tamu adalah sangat selesa.

Pemandangan waktu malam juga adalah sangat menakjubkan. Terasa tenang sahaja apabila melihatnya.bagi sesiapa yang ingin melihat dengan lebih dekat, jom kita tonton video ini bagi melihat kawasan ibu pejabat vivo ini yang pastinya sangat menakjubkan!!!