Pemasangan RFID Akan Dikenakan Bayaran RM35 Mulai 15 Februari 2020

Korang dah pasang RFID ke belum? Kalau belum, baik cepat-cepat pasang sebab tempoh pemasangan percuma hampir tamat dan setiap pemasangan RFID akan dikenakan bayaran sebanyak RM35 mulai 15 Februari ini. Ini bermakna pemasangan baru serta penggantian pada kenderaan yang sama akan dikenakan bayaran yang sama.

TNG juga dikatakan merancang untuk melancarkan Pakej Self-Fitment – membolehkan orang ramai memasang tag RFID TNG di rumah. Di samping itu, TNG juga merancang untuk memperluaskan ciri pada RFID termasuk untuk pembayaran di kaunter Drive-Thru, tempat letak kereta dan stesen minyak.

Buat masa ini, TNG RFID disokong hampir di semua Lebuh Raya di sekitar Lembah Klang – tidak termasuk laluan yang diselenggara oleh PLUS seperti NKVE, dan Lebuh Raya Utara Selatan. Kepada yang belum pasang, sebaiknya korang dinasihatkan untuk cepat – cepat pasang okay!

You might also like