Paper Mario: The Origami King Bakal Dilancarkan Pada 17 Julai Ini!!!

KEpada peminat Mario, ini ada sesuatu yang menarik apabila permainan Paper Mario: The Origami King akan tiba pada 17 Julai ini!

Hal ini terdedah menerusi satu muat naik video di YouTube yang memperlihatkan grafik yang kemas dengan lipatan origami.

Permainan ini memperlihatkan Mario dan beberapa watak sampingan akan melawan pasukan Folded Sodier yang telah menculik Princess Peach.

Sama-sama kita nantikan!

 

 

 

Berdasarkan video acah yang diperlihat di atas, permainan ini kelihatan akan mempunyai pelbagai bentuk permainan dan pengembaraan yang menarik dicampur dengan elemen lipatan kertas Origami yang mana pasti akan memberi kelainan buat siri tersebut.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini secara eksklusif di konsol Switch menjelang Julai ini.

You might also like