- Iklan -

PERHATIAN!!! GTA V Percuma Untuk Korang!!!

Minggu lepas kami ada kongsikan berita bahawa ada satu permainan misteri akan diberikan secara percuma oleh Epic Games Store (EGS).  Beberapa jam yang lalu EGS secara tidak sengaja mengumumkan Grand Theft Auto V adalah permainan yang akan diberikan kepada semua pemegang akaun EGS.

Tweet tersebut telah dipadamkan, namun beberapa pengguna sempat menyalin video promo tersebut dan nampaknya kita hanya perlu tunggu sehingga permainan tersebut ditawarkan secara rasmi beberapa jam lagi (14/05/2020, 11:00pm). Enjoy dulu video promo tersebut di bawah.

Kemungkinan, ketika anda membaca artikel ini, GTA V sudah boleh dimuat turun secara percuma melalui portal EGS. Kami ingin ingatkan anda untuk mengaktifkan fungsi sekuriti dua faktor untuk membolehkan anda menebus GTA V. 

Dalam pada itu, jangan lupa untuk dapatkan Epic Coupon dan dan Epic Mega Sale bermula 14 Mei sehingga 11 Jun. Pastinya berbaloi!!!

Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!

 

You might also like