Jom Meriahkan Roadshow OPPO Reno2 Di Sunway Pyramid – Beli & Bawa Pulang Hadiah Bernilai Hingga RM1,067!

Jom ramai-ramai memeriahkan roadshow jualan pertama OPPO Reno2 yang akan berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid pada 26 Oktober ini!

[ Akhirnya! Siri OPPO Reno2 Mendarat Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM1,599! ]

Lebih menarik, pelbagai hadiah percuma bernilai hingga RM1,067 menanti pelanggan untuk setiap pembelian OPPO Reno2 termasuk beg eksklusif OPPO Reno (RM199), VOOC Powerbank (RM269) dan OPPO Enco Q1 Wireless Noise Cancelling Headphones (RM599)- untuk masa terhad sahaja.

Selain itu, pelanggan bertuah terawal juga berpeluang menerima bubble tea daripa KOI yang disediakan oleh OPPO (sementara stok masih ada). Untuk makluman, pre-order Reno2 kini telah dibuka sehingga 25 Oktober 2019.

Setiap pra tempahan didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM318! Termasuk waranti perlindungan skrin (RM119) dan OPPO Reno Bag eksklusif bernilai RM119! Maklumat lanjut layari, OPPO Malaysia.

OPPO Reno2 > Lazada l Shopee
OPPO Reno2 F > Lazada l Shopee

 

You might also like