
Berita baik buat semua! Pengeluar terkemuka, vivo kini telah pun melancarkan peranti terhabahru mereka di bawah siri NEX iaitu vivo NEX 3 – dijual pada harga RM3,899.

Dari aspek luaran, vivo NEX 3 ini hadir dengan skrin yang sangat besar dan baik iaitu 6.89″ POLED FHD+ dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 99.6%. Menariknya, sudut lengkungan peranti ini mencecah sehingga 90% dan diselitkan dengan sokongan Touch Sense (ciri sesentuh yang menyerupai butang fizikal).
Untuk aspek dalaman, ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 855 Plus yang dipadankan dengan gabungan memori 8GB RAM + 256GB ROM. Bagi jambatan kamera pula, ia dibina dengan sistem tri-kamera utama dengan gabungan lensa 64MP + 13MP + 13MP dan 16MP untuk kamera swafoto.
Melengkapi peranti adalah bateri dengan kapasiti besar iaitu 4,500mAh bersama sokongan pengecasan pantas 22.5W. Tersedia dalam warna menarik seperti Glowing Night, peranti ini boleh didapati menerusi beberapa platform berbeza termasuk vivo concept store, pengedar sah vivo, rakan telco, Lazada, Shopee dan vivo Store.
_____________________________________________________
Artikel Berkaitan:








