MWC 2019: Samsung Dedah Peranti Kelas Pertengahan Terbaharu, Galaxy A50 Dan Galaxy A30

Jenama peranti pintar terkemuka dunia, Samsung, telah mendedahkan model peranti terbaharu dalam kelas pertengahan iaitu Samsung Galaxy A50 dan A30 pada Mobile World Congress 2019(MWC2019).

Kedua-dua peranti ini disertakan dengan paparan skrin bersaiz 6.4 inci Super AMOLED Infinity-U displays. Model-model ini juga turut disertakan dengan kapasiti bateri yang sama iaitu 4000mAh.

Apa yang dapat dilihat menerusi dua peranti ini adalah perbezaaan dari kameranya. Galaxy A50 disertakan dengan 25MP pada kamera di bahagian hadapan dan 25MP + 5MP + 8MP pada bahagian belakang. Manakala bagi Galaxy A30 pula, ia disertakan dengan 16MP pada kamera hadapan dan 16MP + 5MP pada kamera belakang.

Bagi Galaxy A50, ia disertakan dengan pemproses Exynos 9610 dan GPU pula ialah Mali G72 MP3. Bagi Galaxy A30 pula disertakan dengan pemproses Exynos 7904 dan GPU Mali G71 MP2.

Dari aspek memori pula terdapat perbezaan. Bagi A50, ia disertakan dengan 4/6GB RAM dan 64/128GB storan dalaman. Manakala bagi A30 pula, ia disertakan dengan 3/4GB RAM dan 32/64GB storan dalaman.

Galaxy A50 tersedia dalam 4 warna iaitu hitam, putih, biru dan coral. Ia juga turut didatangkan pengecaman cap jari pada skrin . Bagi Galaxy A30 pula, ia disertakan dengan 3 varian warna iaitu hitam, putih dan biru dan pengecaman cap jari di bahagian belakang.

_______________________

Baca juga: 

 

You might also like