Samsung Perluas Fungsi Bixby – Lancar Sokongan Untuk Bahasa Baru

Samsung mengumumkan bahawa Bixby dalam empat bahasa Eropah baru – English British, German, Italian dan Spanish kini rasmi tersedia secara global. Pengenalan Ini sekaligus melengkapkan komitmen Samsung kepada kecerdasan buatan kerana memperluaskan kemampuannya ke arah lebih baik.

Seiring dengan itu, kini pengguna di pasaran Eropah terpilih boleh mengakses ketersediaan ini untuk pengalaman fungsi Bixby yang lebih baik. Perkara ini sekaligus juga memudahkan urusan harian penduduk di Jerman, Italy, Sepanyol dan UK dengan penggunaan Bixby dalam bahasa ibunda mereka.

Sokongan penuh untuk pengenalan bahada baru ini tersedia dalam peranti perdana Samsung termasuklah, Galaxy S10, S10e, S10 + dan S10 5G beberapa model lagi model lain yang terpilih.

Sebagai selingan, pre-order untuk siri Samsung Galaxy S10 kini dibuka bermula HARI INI hingg 28 Februari 2019. Hadiah menarik sehingga RM1,479 menanti anda! Berminat? Pre-order PADA PAUTAN INI!

You might also like