
Pendedahan Reka Bentuk iQOO Terkini! Bukan Peranti Boleh-Lipat, Hadir Pada 1 Mac Dengan Sokongan Tri-Kamera!
Dua minggu yang lalu jenama iQOO, sebuah sub-jenama dari vivo terdedah dengan khabar angin mengatakan ia bakal tampil dengan reka bentuk skrin boleh-lipat.
[ [ Tertiris ] vivo Sub Jenama – iQOO Terdedah Peranti Boleh Lipat Dengan Rekaan Bezel Nipis Yang Menakjubkan! ]
Terkini laman weibo iQOO mengesahkan reka bentuk sebenar peranti ini, ia bukan menggunakan rekaan boleh-lipat seperti mana yang dikatakan sebelumnya. Walaupun hanya tri-kamera pada panel belakang jelas diperlihatkan, namun melalui spesifikasi yang tertiris di laman TENAA ia dilengkapi dengan sensor 13MP + 12MP + 2MP serta 12MP pada kamera hadapan.
Selain itu, spesifikasi seperti skrin 6.41 inci AMOLED FHD+, cip pemproses Snapdragon 855, 6GB/8GB/12GB RAM dan 128GB/256GB ROM, serta kapasiti bateri 3,920mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W turut dipaparkan.
Adakah maklumat di atas benar? Kita nantikan pelancaran rasmi pada 1 Mac dari pihak iQOO.
____________________________
Artikel Berkaitan:
- vivo V15 Pro Boleh Didapati Pada Harga RM1,799 – Membawa Balik Hadiah Eksklusif Setiap Pra-Tempahan Mulai Hari Ini
- Pandang Pertama vivo V15 Pro : Peranti Cantik Dengan Kamera Selfie ‘Pop-Up’ 32MP

