
Anda Boleh Dapatkan iPhone XR Dengan Harga Lebih Murah Di Jepun!

Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai penjualan iPhone terbaharu yang agak menurun jika dibandingkan dengan model iPhone terdahulu.
Baca juga : Apple Bakal Menghasilkan Semula iPhone X, Kurangkan Pengeluaran iPhone Xs & Xs Max
Terbaru, jika ingin membeli iPhone XR dengan harga murah anda boleh ke Jepun kerana harga iPhone XR kini diturunkan kepada 24,000 Yen (kira-kira RM886) berbanding 36,000 Yen (kira-kira RM1,330) sebelum ini. Tetapi ia datang bersama langganan NTT DoCoMo selama 24 bulan. Manakala komitmen bulan yang perlu dibayar adalah 2,457 Yen (kira-kira RM90.70) sebulan.
Penurunan harga ini juga dilihat sebagai langkah untuk meningkatkan jualan iPhone XR yang kurang memuaskan semenjak ianya diperkenalkan. Walaupun Apple sendiri memaklumkan bahawa iPhone XR adalah sebuah telefon pintar mampu milik, pengguna di Jepun lebih berminat untuk membeli iPhone 8 dan 8 Plus berbanding iPhone Xs, Xs Max dan iPhone XR!


