
Seiring pelancaran Realme 3 Pro, syarikat tersebut turut memperkenalkan sebuah lagi ahli baru iaitu Realme C2. Peranti ini dilihat hadir dengan penawaran yang menarik di samping harga mampu milik.
Realme C2 membawakan skrin drewdrop takuk kecil bersaiz 6.1″ HD+ dengan nisbah skrin-ke-kerangka 89.35%. Peranti ini dijana cip pemproses MediaTek Helio P22 (12nm) berkelajuan Octa-core 2.0GHz bersama varian memori sehingga 3GB RAM dan storan dalaman sehingga 32GB (3 slot SIM berasingan sokong ciri Dual VoLTE).
Dari segi kamera, Realme C2 menyokong dwi kamera utama dengan lensa 13MP + 2MP – turut disertakan mode Chroma Boost untuk pengalaman fotografi berganda. Kamera swafoto pula adalah sebesar 5MP – turut dilengkapi teknologi AI.
Melengkapinya adalah bateri berkapasiti 4,000mAh dan Realme C2 menggunakan sistem operasi ColorOS 6 berasaskan Android 9.0 Pie. Peranti ini tersedia dalam dua iaitu Diamond Blue dan Diamond Black.
Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Bagi yang berminat, Realme C2 boleh didapati secara umum mulai 18 Mei 2019, manakala beli secara online akan diadakan eksklusif di Shopee pada 21 Mei jam 9 pagi.