
OPPO kini telah memperkenalkan peranti terbaharunya iaitu OPPO A93 bagi pasaran tempatan yang mana ia dijual pada harga RM1299!!!

Pra tempahan peranti ini bermula hari ini sehingga 9 Oktober dan bagi setiap pembelian, anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM199.
Bagi yang tidak mengetahui, peranti ini hadir dengan skrin yang baik iaitu 6.43″ AMOLED FHD+ dan dipadankan dengan kadar segar semula 60Hz.

Dari aspek kuasa dalaman pula, ia hadir dengan pemproses MediaTek Helio P95 dan disertakan dengan RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 128GB. Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 48MP + 8MP + 2MP +2MP bagi kamera belakang dan 16MP + 2MP bagi kamera hadapan.