Semboyan Perang Telah Berbunyi!! – Musim Kedua Yodoo Gank: Knockout Series Kini Bermula!!

Musim Kedua Yoodo Gank: Knockout Series kini kembali dengan pertempuran kalah mati yang epik dan serba baharu! Dikuasakan oleh Yoodo – perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh diubahsuai yang pertama di Malaysia, Musim Kedua ini membawakan peminat PUBG MOBILE satu medan pertempuran untuk mereka bermain bersama atau menentang pasukan handalan, Yoodo Gank!

Pendaftaran untuk perlawanan tersebut kini dibuka di mana satu pasukan dengan empat pemain akan mendaftar sebagai Pasukan Pencabar. Salah satu daripada ahli bagi setiap pasukan mestilah seorang pengguna berdaftar Yoodo. Pasukan yang layak akan bertarung menentang 16 kumpulan yang lain termasuk Yoodo Gank dalam 3 pusingan bagi keseluruhan perlawanan. Paling menarik, dua pemain bertuah juga akan berpeluang menjadi sebahagian daripada pasukan Yoodo Gank sepanjang tempoh perlawanan tersebut.

Musim Kedua Yoodo Gank: Knockout Series akan berlangsung pada 23 Julai 2021 dan semua pasukan akan mendaftar masuk pada pukul 7.30 malam. Buat tontonan semua peminat PUBG, perlawanan penuh juga akan disiarkan melalui strim secara langsung di

saluran Yoodo Esports, satu laman Facebook ditubuhkan khusus oleh Yoodo untuk semua perkara berkaitan esukan dan gaming. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Yoodo Esports di Facebook Yoodo atau layari laman sesawang rasmi Yoodo.

You might also like