Pengguna U Mobile Kini Boleh Menikmati Sukan Olimpik Rio 2016 & DOTA 2: The International 2016 Secara PERCUMA

1094

1Tidak sabar untuk menonton sukan Olimpik Rio 2016 yang telahpun membuka tirainya? Kini, dengan U Mobile anda boleh menonton sukan Olimpik Rio 2016 dan juga pertandingan DOTA 2: The International 2016 secara percuma menerusi U Mobile Video-Onz. Tawaran in terbuka kepada semua pelanggan U Mobile sama ada anda menggunakan prabayar mahupun pascabayar tanpa dikenakan sebarang cas data. Bagaimana caranya?

Sukan Olimpik Rio 2016 boleh ditonton melalui aplikasi HyppTV Everywhere melalui iOS atau Android. Daftar akaun secara percuma, kemudian pergi ke saluran HyppSports untuk menonton. Sukan Olimpik Rio 2016 telah bersiaran bermula 25 Julai sehingga 2 September 2016.

2Manakala bagi peminat DOTA 2 pula, pertandingan The International 6 boleh ditonton menerusi aplikasi Astro on the Go menerusi iOS  atau Android secara percuma. Selepas daftar pergi ke saluran eGG Network, ia boleh ditonton bermula 8 hingga 14 Ogos 2016.