Pencabar Webe Sudah Tiba, Perkenalkan Digi Postpaid INFINITE

Kuota data tanpa had merupakan tarikan utama Webe ketika ia mula diperkenalkan. Dengan kadar bayaran RM 79 sebulan (harga promosi), pengguna Webe menikmati kuota data tanpa had berserta panggilan dan SMS percuma ke semua rangkaian.

Hari ini Digi melancarkan pelan pasca-bayar yang juga menawarkan kuota data tanpa had kepada pengguna mereka. Ditawarkan dalam dua pakej, pelan Digi Postpaid INFINITE sedikit berbeza dengan Webe di mana pada pakej RM 150/sebulan, pengguna dapat menikmati fungsi tethering tanpa had di mana fungsi tethering pada Webe dikenakan cas tambahan. Kedua-dua pakej pelan ini juga menawarkan panggilan percuma.

Anda boleh mendaftar masuk pelan ini sehingga 24 Jun 2017.
You might also like