
Bagi mereka yang kecewa kerana terlepas promosi Webe yang berakhir baru-baru ini, usah kecewa lagi kerana Webe telah memanjangkan lagi promosi ini sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Promosi pasca-bayar RM 79 sebulan ini pada asalnya bernilai RM 199 dan bagi pengguna sedia ada TM dan memiliki model smartphone tersenarai dengan TM akan menerima potongan sebanyak RM 120 setiap bulan. Namun bagi promosi yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu, anda tidak perlu menjadi pengguna sedia ada TM dan memiliki smartphone tertentu bagi menikmati pakej RM 79.
Pelan Webe ini menawarkan panggilan dan SMS tanpa had bersama-sama data Internet tanpa had untuk penggunanya.

