Lenovo Lancar ThinkPad X1 Extreme, Harga Bermula Dari RM6269

Lenovo baru sahaja melancarkan ThinkPad X1 Extreme dan harganya bermula dari RM6269. Peranti ini akan tersedia pada Disember 2018.

Untuk pengetahuan, spesifikasi peranti ini termasuklah 8th Generation Intel Core i9 processor, Nvidia GeForce GTX1050 Ti, DDR4 RAM sehingga 64 GB, storan SSD sehingga 2TB dan jangka hayat bateri sehingga 15 jam dengan teknologi RapidCharge.

Tidak hanya itu, ia turut didatangkan dengan paparan 4K dengan 100% Adobe RGB warna gamut yang memberikan kepuasan paparan di tahap maksima.

Dalam pada itu, ia turut dilengkapi dengan sensor cap jari, ThinkShutter Camera Cover dan Windows Hello integration.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai Lenovo ThinkPad X1 Extreme. layari laman sesawang rasmi Lenovo.

Baca Juga:

 

 

You might also like