Siaran Beresolusi 8K di Jepun

953
- Iklan -

Teknologi di Jepun nyata berada ke hadapan apabila stesyen televisyen di sana apabila memaparkan penyiaran kandungan dengan resolusi 8K. Hal ini telah dilaksanakan oleh NHK di Jepun.

Sedang negara lain masih menggunakan paparan 4K, Jepun lebih kehadapan meneraju aspek paparan ini. Bagi melaksanakan paparan ini, ia memerlukan sebuah kotak yang dikhususkan bertujuan untuk menghubungkan dengan televisyen.

Selain itu, pengguna juga memerlukan panel berasaskan 8K yang masih belum di perluaskan di pasaran pada ketika ini.

Dikhabarkan penyiaran sukan Olimpik 2020 akan menawarkan paparan resolusi bersaiz 8K. Kita juga menantikan apabila pengeluar televisyen di pasaran mempromosikan paparan televisyen beresolusi 8K ini. Kita tunggu dan lihat sahaja.

baca juga: