
Sebagai usaha berterusan untuk menyokong rakyat Malaysia di sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan Aidilfitri yang bakal menjelang, Celcom Axiata Berhad (Celcom) mengajak rakyat Malaysia ‘Raya Bersama’ dengan rakan dan keluarga mereka melalui Talian Keluarga Celcom MEGA dengan Internet Tanpa Had terbaharu, yang menawarkan akses internet tanpa had, pelbagai pilihan telefon pintar 4G PERCUMA serta tawaran istimewa seperti rebat sehingga setahun.

Ketika negara terus bergerak ke hadapan dalam cabaran pandemik ini, Celcom terus komited dalam menyediakan pengalaman digital terbaik untuk pelanggan serta meyakini pelanggan dengan keriangan, keseronokan, harapan, dan perjalanan hidup boleh diteruskan melalui rangkaian Celcom yang konsisten dan dipercayai.
Pada Raya ini, Celcom MEGA™ memperkenalkan pelan keluarga tanpa had terkini yang membolehkan keluarga untuk kekal berhubung dengan akses internet tanpa had, dan telefon pintar PERCUMA. Talian Keluarga Celcom MEGA™ dengan Internet Tanpa Had yang terkini ditawarkan hanya pada RM40 setiap talian, dan menyediakan pengstriman video HD tanpa had, panggilan tanpa had serta kuota hotspot 5GB, berserta satu telefon pintar 4G PERCUMA daripada 12 pilihan disediakan.

Sebagai tambahan, pelang pascabayar Celcom MEGA™ Lightning dan Celcom MEGA™ Unlimited kini ditambahbaik dengan saiz pas tambahan serta pilihan telefon 4G PERCUMA yang terluas di pasaran. Celcom MEGA™ Lightning M Plus terkini ditawarkan pada RM128 sebulan dengan internet bulanan 70GB dan panggilan tanpa had, manakala dengan harga yang sama, Celcom MEGA™ Unlimited M Plus menawarkan pengstriman video HD penuh tanpa had dan kuota hotspot 20GB.
Telefon pintar 4G PERCUMA tersebut ditawarkan tanpa bayaran pendahuluan apabila pelanggan memilih mana-mana pelan pascabayar Celcom MEGA™, dengan pilihan seperti Oppo Reno 5G, Samsung Galaxy A52, Vivo V20 dan banyak lagi. Tawaran ini juga sesuai bagi pelanggan untuk bertukar daripada peranti 3G kepada telefon pintar 4G.
- 16 April 2021 hingga 31 Mei 2021 – Pelanggan boleh mendapatkan Duit Raya PERCUMA dalam Ramadan dan Raya dengan menyertai permainan MEGA Duit Raya di Celcom Online Shop. Pelanggan boleh melayari Celcom Online Shop untuk menyertainya dengan hanya suai dan padankan ‘kuih raya’, dan jika berjaya, mereka boleh mengetahui berapakah Duit Raya yang akan dimenangi. Jumlah Duit Raya tersebut akan dikredit dalam bentuk rebat pelan dan dipaparkan di dalam bil mereka.
- 1 Mei 2021 hingga 30 Jun 2021 – Rebut baucar membeli-belah daripada rakan terpilih dan ganjaran berjumlah RM1 juta dengan just4ME™ melalui kempen ‘Sejuta Raya’ Celcom Xpax. Semua pelanggan prabayar Celcom Xpax boleh memiliki ganjaran dengan mengumpulkan mata apabila mereka membeli mana-mana tawaran just4ME™ melalui aplikasi Celcom Life. Ganjaran termasuk kredit prabayar RM5 PERCUMA bagi pengguna just4ME™ kali pertama, kuota internet untuk TikTok, serta baucar beli-belah Touch ‘n Go, Grab dan Lazada.
Celcom akan membuat pengumuman lain pada masa terdekat, dan pelanggan boleh melayari laman web kami www.celcom.com.my atau Facebook dan Twitter Celcom, bagi maklumat dan tawaran terkini.