
[Ura-Ura] : vivo NEX 3 Bakal Muncul Dengan Binaan Nisbah Skrin-Ke-Badan Mencapai 100%?
Ketika ini di media sosial heboh memperkatakan terdapat maklumat tertiris mendakwa vivo bakal muncul dengan generasi Vivo NEX terbaru dikenali sebagai vivo NEX 3 – imej pengolokan turut diperlihatkan.

Memetik beberapa sumber, vivo NEX 3 didakwa bakal muncul dengan binaan skrin lebih menyeluruh dengan nisbah skrin-ke-badan mencapai 100%. Ini secara tidak langsung, menjadikan ia sebagai peranti dengan saiz nisbah skrin-ke-badan paling tinggi buat masa ini.
The vivo NEX 3 is probably the highest screen-to-body ratio phone in 2019. The Screen-to-body Ratio is over 100% based on the “display area/projected area” calculation method. pic.twitter.com/B0cZ2XgzE7
— Ice universe (@UniverseIce) July 25, 2019
Adakah ianya benar? Pun begitu maklumat tertiris masih rumors dan tiada sebarang maklumat mengenai peranti ini dikongsi oleh vivo. Sama-sama kita tunggu penjelasan daripada tuan empunya badan.

