

Acer Malaysia hari ini menetapkan satu penanda aras dalam peranti permainan video menerusi komputer riba Acer Aspire VX 15 yang berorientasikan prestasi dengan sistem penyejukan kipas berkembar; siri monitor untuk permainan video dengan tempoh maklum balas pantas 1ms 75Hz yang pertama di Malaysia iaitu Acer KG251Q dan KG271; serta komputer meja Acer Aspire GX781 yang mampu menjalankan tugas grafik yang intensif, selain boleh digunakan untuk permainan video.
Acer Aspire VX 15
Komputer riba Acer Aspire VX 15 tampil dengan kerangka dan papan kekunci bersama lampu warna merah yang agresif bagi memastikan pengguna dapat menekan butang yang betul ketika bermain, pada masa sama memberikan rasa dan rupa yang maskulin.
Ditawarkan pada harga yang menarik iaitu RM 4,399, komputer riba permainan video ini bagaimanapun tidak berkompromi dari segi kuasanya. Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i7 HQ generasi ketujuh yang terkini, Aspire VX 15 menawarkan prestasi luar biasa dengan penggunaan bateri yang rendah.
Komputer riba ini juga didatangkan dengan grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti yang paling ditunggu-tunggu bersama GDDR5 VRAM (menawarkan lebar jalur atau bandwidth sehingga 32GB/s). Kelajuan merupakan satu lagi aspek penting kepada sistem memori, jadi ia menawarkan memori sehingga 4GB DDR4 dan sedia untuk dinaik taraf ke tahap maksimum iaitu 32GB. Storan pula disediakan oleh 1TB HDD yang besar.
Sistem penyejukan kipas berkembar membolehkan semua ciri tersebut dapat berfungsi dengan senyap pada suhu yang optimal. Ini bagi memastikan mesin tersebut sentiasa dapat menyempurnakan tugasnya tanpa berkompromi dengan aspek permainan yang lancar. Pengalaman bermain permainan video ditingkatkan lagi dengan audio definisi tinggi melalui pembesar suara Acer TrueHarmony Dolby Audio Premium dan pengiktirafan Skype for Business bersama kejelasan visual skrin Full HD IPS bersaiz 15.6 inci.

Acer Aspire VX 15 boleh didapati di semua penjual sah Acer di seluruh negara dan pasaran dalam talian utama mulai hari ini, termasuklah di Sabah dan Sarawak.
Monitor Acer KG251Q dan KG271

Monitor untuk permainan video Acer KG1 Series iaitu KG251Q dan KG271 merupakan monitor pertama Acer yang hadir bersama kadar refresh rate 75Hz di Malaysia. Menyokong HDMI pada FreeSync, monitor itu boleh berfungsi dengan kad grafik yang menyokong FreeSync untuk mengelakkan skrin daripada koyak, selain meminimumkan masalah pendaman dan susulan. Digabungkan dengan teknologi Adaptive-Sync, pengguna akan menikmati pengalaman bermain permainan video dan memain semula video yang lancar.

Hadir dengan paparan resolusi Full HD 1920 x 1080 bersaiz 24.5 inci dan 27 inci, monitor Acer KG251Q dan KG271 masing-masing menawarkan warna semula jadi dan kualiti yang tajam melalui panel TN serta nisbah kontras 100,000,000:1. Lupakan juga tentang bingkai tebal pada monitor konvensional, rekaan ZeroFrame pada Acer KG251Q dan KG271 kelihatan begitu kemas. Sekali gus membolehkan pengguna melihat perkara yang lebih penting iaitu skrin. Nikmati paparan imej yang menakjubkan dari semua posisi melalui sudut tontonan Acer yang luas sehingga 170 darjah. Tidak kira dari sudut mana sekali pun, monitor itu akan memaparkan warna yang sempurna.
Acer KG251Q ditawarkan pada harga RM 659 dan boleh didapati dari penjual Acer yang sah dan terpilih di seluruh negara. Sementara Acer KG271 pula berharga RM 899 dan bakal berada di pasaran pada penghujung April 2017.
Acer Aspire GX781
Komputer meja Acer Aspire GX781 dilengkapi pemproses Intel CoreTM Generasi ke-7, DDR4 RAM sehingga 8GB dan grafik sehingga NVIDIA GeForce GTX 1050 untuk menyempurnakan tugasan dengan grafik yang intensif serta bermain permainan komputer dalam cara terbaik. Komputer meja ini mampu menawarkan resolusi visual luar biasa yang mencecah 4K2K (3840 x 2160) dan menyokong sehingga empat paparan pada satu-satu masa. Ini bagi menawarkan pengalaman bermain permainan video yang mengasyikkan serta melakukan pelbagai tugasan.
Komputer meja dengan rekaan menarik ini direka untuk melaksanakan tugasan melibatkan grafik yang intensif, perkomputeran harian dan permainan video yang agak berkuasa. Dengan storan mencecah 1TB HDD dan 128GB SSD, menyimpan fail beresolusi tinggi memang tiada masalah. Bukan itu sahaja, GX781 juga hadir bersama reka bentuk menarik yang menampilkan kerangka seperti perisai dan lampu LED berwarna merah pada bahagian hadapannya.
Aspire GX781 ditawarkan pada harga RM 4,399 dan boleh didapati dari semua penjual sah Acer di seluruh negara. Pelanggan yang membeli Aspire GX781 juga akan menikmati jaminan selama 3 tahun.







