- Iklan -

U Mobile Tawar Peranti Percuma Menerusi Peranti Bersubsidi & PElan Data Tanpa Had Serendah RM15 Bagi Program Jaringan Prihatin!!

Bermula 7 Mei 2021, penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak akan dapat memilih peranti percuma yang ditawarkan bersama pelan peranti atau pelan data bersubsidi sebagai sebahagian daripada penawaran U Mobile di bawah program Jaringan PRIHATIN.

Untuk pelan peranti, bergantung pada kelayakan subsidi, pelanggan boleh memilih telefon pintar seperti Samsung A02, RealMe C11, Samsung A02s dan Oppo A54, untuk digabungkan sebagai sebahagian daripada pelan mereka secara percuma. Pelanggan juga boleh memilih untuk membeli tablet Lenovo Tab M10 HD (Gen 2) dengan harga serendah RM249. Maklumat lengkap mengenai tawaran pelan peranti bersubsidi adalah seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah.

Untuk pelan data bersubsidi, pelanggan perlu hanya membayar serendah RM15 sebulan selama setahun untuk pelan prabayar Giler Unlimited GX30. U Mobile mempunyai pelbagai pelan data tanpa had dengan data tambahan untuk ‘hotspot’ yang boleh ditebus oleh pelanggan dengan subsidi. Maklumat lanjut disenaraikan di bawah:

Untuk mendaftar tawaran program Jaringan PRIHATIN daripada U Mobile, pelanggan baharu dan sedia ada yang memenuhi syarat kelayakan perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Layari u.com.my/prihatin untuk menyemak kelayakan dan mendaftar untuk program Jaringan PRIHATIN. Pelanggan juga boleh mendaftar menerusi aplikasi MyUMobile atau melalui portal layan diri U Mobile di www.u.com.my. Sila mendaftar sebelum 31 July 2021.

Langkah 2: Setelah pendaftaran berjaya, pelanggan boleh memilih antara subsidi pelan peranti atau pelan data

Langkah 3:

  • Pelanggan yang memilih subsidi pelan peranti akan menerima kod subsidi peranti melalui SMS dan boleh terus mengunjungi stor U Mobile atau peniaga terpilih untuk menebus peranti pilihan mereka. Harap maklum bahawa subsidi peranti mesti ditebus sebelum 31 Julai 2021, kerana selepas tarikh tersebut subsidi pelan peranti akan ditukar kepada subsidi pelan data.
  • Pelanggan yang memilih subsidi pelan data akan memperolehi kredit RM15 dalam akaun U Mobile mereka setiap bulan selama 12 bulan atau sehingga 31 Julai 2022, mana yang lebih dahulu.

Sebagai sebahagian daripada program Jaringan PRIHATIN, U Mobile juga akan menawarkan 2GB data pantas tambahan selama 1 jam setiap hari kepada semua pelanggan yang telah berjaya mendaftar pelan peranti atau melanggan pelan data bersubsidi yang sebahagian daripada penawaran oleh U Mobile di bawah program Jaringan PRIHATIN. Untuk menikmati data pantas 2GB percuma ini, pelanggan yang layak perlu menebusnya di aplikasi MyUMobile atau menghantar SMS “FREE2GB” ke 28111 tanpa dikenakan bayaran SMS tambahan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program Jaringan PRIHATIN, sila layari u.com.my/jaringanprihatin

Untuk mendaftar program Jaringan PRIHATIN sila layari u.com.my/prihatin

You might also like