
ASUS ZenFone 3 Max yang memfokuskan kepada penawaran bateri bersaiz besar bagi membolehkan pengguna menggunakannya untuk tempoh masa yang lama, kini tampil dengan dua variasi warna baru lagi!
Kini anda boleh mendapatkan warna Rose Pink dan Sand Gold selain daripada warna-warna sedia ada. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang mendapatkan ZenFone 3 Max warna Rose Pink atau Gold Sand dalam tempoh masa sehingga 31 Mac 2017, anda layak menebus hadiah istimewa dari Asus dengan melayari laman ASUS ZenFone 3.
ASUS ZenFone 3 Max dijual pada harga RM 799 dengan mengetengahkan fungsi kapasiti bateri sebesar 4,100 mAh, paparan skrin 5.2 inci dan memori RAM sebesar 3GB serta memori dalaman 32GB.

