Betul2 Giler Unlimited! Pelan Pascabayar & Prabayar Terbaik Dari U Mobile

3705
- Iklan -

Giler Unlimited! Itu dia pelan terbaru U Mobile yang menawarkan data tanpa had bagi semua aplikasi peranti pintar pada harga yang tiada bandingan, iaitu RM50 untuk pelan pascabayar GX50 dan hanya RM30 untuk pelan prabayar GX30.

Giler Unlimited juga tidak mempunyai batasan masa atau penggunaan, pelanggan boleh strim muzik dan video, menghantar mesej sosial dan melayari media sosial, bermain permainan mudah alih dan strim secara langsung setiap hari pada bila-bila masa tanpa risau.

Pelan pascabayar GX50

Pelan pascabayar GX50 selain mempunyai data tanpa had bagi semua aplikasi, juga mempunyai panggilan tanpa had dan kuota kawasan khas yang PERCUMA sebanyak 5GB.

Pelan Prabayar GX30

Bagi pelan prabayar GX30 pula, pelanggan dapat menikmati data tanpa had dengan kuota kawasan khas yang PERCUMA sebanyak 3GB pada harga RM30 sahaja. Ini bersamaan dengan RM1 sehari, tawaran nilai yang terbaik bagi anda!