Western Digital Merasmikan Storan SSD Baharu Khusus Untuk Jurugambar & Peminat Dron

Storan digital semakin diperlukan oleh masyarakat masa kini, apatah lagi bagi golongan profesional seperti jurugambar atau peminat dron yang lebih memerlukan storan besar. Western Digital hari ini secara rasminya telah memperkenalkan produk baharu mereka yang dikenali sebagai WD My Passport Wireless SSD dan SanDisk Extreme Portable SSD.

WD My Passport Wireless SSD

WD My Passport Wireless SSD merupakan storan SSD yang sangat berkuasa, ia menyokong 65MB/s kelajuan membaca, anti hentakan, USB 3.0, WiFi, 4K video stream tanpa wayar serta format RAW. Selain itu, storan SSD ini juga sangat bertahan lama kerana bateri yang dipakai boleh bertahan selama 10 jam.

Produk ini akan memasuki pasaran Malaysia sebelum penghujung bulan Julai nanti dengan tawaran harga jualan seperti berikut:

WD My Passport Wireless SSD
  • 250GB – RM1099
  • 500GB – RM1499
  • 1TB – RM2299
  • 2TB – RM3699

 

SanDisk Extreme Portable SSD

Selain My Passport Wireless SD, WD juga memperkenalkan satu lagi produk storan yang sangat kompak iaitu SanDisk Extreme Portable SSD. Walaupun reka bentuknya agak kecil, tetapi mempunyai kemampuan yang sangat tinggi, seperti sokongan IP55 menjadikan produk ini boleh dikatakan sangat tahan lasak dan amat sesuai untuk pengguna yang suka mengambil gambar di tempat extreme.

Produk ini ditawarkan pada harga jualan seperti berikut mulai hari ini:

WD SanDisk Extreme Portable SSD
  • 250GB – RM529
  • 500GB – RM829
  • 1TB – RM1699
  • 2TB – RM3299

 

You might also like