
Xiaomi Mi CC9 Pro Rasmi – Sokong 5 Kamera Utama + Snapdragon 730G + Bateri 5,260mAh
Sekian lama mengacah, akhirnya Xiaomi Mi CC9 Pro kini rasmi! Penampilan Mi CC9 Pro kali ini membawa sejumlah penawaran luar biasa yang sangat menarik dan di luar jangkauan akal. Terbaiklah, memang mantul!
Untuk paparan, Xiaomi Mi CC9 Pro membawakan paparan bersaiz 6.47″ OLED dengan resolusi FHD+ dan nisbah aspek sebanyak 19:5:9. Peranti ini didatangkan dengan binaan ergonomik di mana ia menyertakan kemasan melengkung pada bahagian tepi. Di samping itu, ia juga menyertakan takuk kecil pada bahagian atas skrin yang menempatkan kamera selfie sebesar 32MP. Untuk keselamatan, peranti ini ditanam dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada paparan.
Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 730G dengan sokongan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 5,260mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W – Xiaomi mendakwa ia berupaya mengecas penuh 100% dalam hanya 65 minit sahaja.

Untuk persediaan kamera, peranti ini menyokong lima kamera utama dengan gabungan lensa 108MP + 20MP (117º Ultra-wide angle) + 12MP (2x Optikal Zum) + 5MP (10x Hibrid Zum) + 2MP (macro). Menariknya, lensa utama 108 MP menggunakan sensor ISLCELL Bright HMX Samsung – yang dibangunkan bersama Samsung dan mula diperkenalkan pada Mi Mix Alpha sebelum ini.
Xiaomi Mi CC9 Pro menggunakan antaramuka MIUI 11 berasaskan Android 9 Pie dan tersedia dalam tiga warna menarik seperti Aurora Green, Glacier White dan Midnight Black. Xiaomi Mi CC9 Pro ditawarkan di pasaran China pada harga seperti berikut :











