
Astro turut tidak ketinggalan dalam menawarkan pakej jalur lebar kepada penduduk di Jasin, Melaka dengan kadar bayaran bulanan minimum sebanyak RM99 – disamping penawaran pakej menarik!
[ BACA JUGA : Tidak Hanya Tersedia Di Sabah, Celcom Home Fibre Kini Ditawarkan Di Jasin ]
Astro menawarkan dua pilihan pakej menarik untuk para pengguna – a) pelan 50Mbps pada harga RM99 dan, b) pelan 100Mbps pada harga RM129 mulai 1 Februari 2019. Lagi menarik, kedua-dua pakej didatangkan bersama Astro Family Pack – mempunyai lebih 40 saluran termasuk Astro Ria, Astro Prima, Astro AEC dan sebagainya.

[ BACA JUGA : Digi Home Fibre Ditawarkan Di Jasin – Serendah RM95/Bulan Untuk 50Mbps ]
Projek perintis jalur lebar Astro akan tersedia untuk mendaftar bermula 8 hingga 31 Januari 2019 dan pemilik rumah yang layak untuk promosi istimewa ini berpeluang menikmati:
- Pratonton saluran percuma dan akses jalur lebar percuma pada bulan Januari pada kadar pakej semasa untuk pelanggan Astro yang mendaftar.
- Naik taraf kepada “Family Pack” dan akses jalur lebar percuma pada bulan Januari untuk pelanggan NJOI yang mendaftar.

