Honor 8 Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi?

1772
- Iklan -

1 Melalui Facebook Honor Malaysia, Honor telah memberi gambaran mengenai kemunculan smartphone terbarunya di pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia tidak lain, pastinya Honor 8 yang telah dilancarkan di China pada bulan lepas.

Ramai yang menantikan kemunculan model dari siri Honor, kerana selain harganya yang mampu milik ia juga menawarkan spesifikasi yang hebat! Keistimewaan Honor 8 terletak pada lensa kameranya yang menampilkan dua buah lensa kamera beresolusi 12 Megapiksel dan dibantu oleh auto fokus jenis Laser serta Aperture f/2.2, sama seperti yang dapat dilihat pada model Honor V8 sebelum ini.

Honor 8Honor 8 telahpun dijual di China dengan harga USD 299 (kira-kira RM 1,193) untuk model 32GB/3GB RAM, USD 343 (kira-kira RM 1,369) untuk model 32GB/4GB RAM, dan USD 374 (kira-kira RM 1,492) untuk model 64GB/4GB RAM.

Berapakah pula harganya di Malaysia? Sama-sama nantikan kemunculan Honor 8 di Malaysia tidak lama lagi!