
Honor V8 Dilancarkan Dengan Sokongan Dual Lensa 12 Megapiksel
Honor, jenama smartphone yang sering menawarkan peranti dengan spesifikasi menarik pada harga berpatutan. Terbaru, sebuah model baru yang dikenali sebagai Honor V8 telah dilancarkan. Istimewanya, ia menawarkan dua lensa penggambaran utama beresolusi 12 Megapiksel dengan sokongan dual LED flash, laser auto fokus dan aperture f/2.2.
Honor V8 menampilkan dua paparan skrin dengan memori berbeza, di mana versi pertama menyokong skrin berukuran 5.7 inci beresolusi HD 1920 x 1080 piksel dengan memori dalaman sebesar 32GB, RAM 3GB. Manakala satu lagi versi menawarkan skrin yang sama iaitu berukuran 5.7 inci tetapi dengan paparan skrin 2K 2560 x 1440 piksel bersama memori dalaman sebesar 64GB dan RAM 4GB.
Selain paparan skrin yang berbeza, spesifikasi lain yang ada pada Honor V8 terdiri daripada sokongan terhadap Android 6.0 Marshmallow, dikuasakan oleh pemproses Kirin 950, GPU Mali T880, sokongan dual SIM hybrid, bateri berkapasiti 3500mAh dengan teknologi pengecasan pantas, NFC serta kabel USB Type-C.
Honor V8 akan mula memasuki pasaran China pada 17 Mei dengan harga RMB 2799 (kira-kira RM 1743) untuk model 64GB, 4GB RAM serta RMB 2299 (kira-kira RM 1432) untuk model 32GB, 3GB RAM.

