Sandisk iXpand Flash Drive (2016)

DSC_0083Masih ingat dengan produk keluaran Sandisk iaitu iXpand Flash Drive yang diperkenalkan untuk peranti iOS? Kini, Sandisk kembali dengan produk terbaru yang masih mengekalkan nama yang sama tetapi rekaan lebih kecil dan kompak.2

Ia membolehkan anda memindahkan apa sahaja data yang ada di dalam iPhone (sokong iOS 8.2 dan ke atas) dengan pantas kerana menyokong sambungan USB 3.0. Menampilkan rekaan lebih kecil berukuran 13mm x 17mm x 59mm dan seberat 5.4g, ia menawarkan empat kapasiti memori berbeza yang boleh dimiliki mengikut keperluan iaitu 16GB, 32GB, 64GB serta 128GB.

Harga jualan Sandisk iXpand Flash Drive (2016)

  • RM 179 (16GB)
  • RM 239 (32GB)
  • RM 339 (64GB)
  • RM 529 (128GB)
You might also like