
Kemajuan teknologi kecerdasan-buatan (AI) di masa depan dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia, bahkan orang buta pun boleh “melihat”. Selaras dengan itu, Huawei telah melancarkan kempen aktiviti sosial korporat (CSR) terbarunya iaitu “AI as the Eyes” untuk membantu golongan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan.

Kempen selama tiga bulan yang mendapat kerjasama daripada Plus Masyarakat (+ Komuniti) dan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) itu bertujuan memperkasakan golongan cacat penglihatan dengan kemahiran fotografi menerusi kanta AI berkuasa daripada Huawei P20 Pro.
Baca Juga
- Reviu Eksklusif: Siri Huawei P20, Telefon Berkamera Paling Pintar Setakat Ini
- Reviu Eksklusif: Siri Huawei P20, Tingkat Taraf Paling Berjaya Dilakukan Huawei
Program yang diketuai jurugambar terkenal Malaysia David Lok itu menyaksikan para peserta diajar mengenai asas-asas cahaya, bayang, bentuk dan tekstur untuk menangani cabaran dalam menceritakan kisah yang lebih baik.
https://www.youtube.com/watch?v=iwVATsln7Mw